Jump to content

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) dan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan adalah salah satu inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini yang bakal memanfaatkan sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Siapakah yang layak memohon STR 2025?

Pemohon layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

  1. Isi Rumah

    • Kahwin; atau

    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan

    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

  2. Warga Emas Tiada Pasangan

    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

  3. Bujang

    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan

    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan

    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan

    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bilakah permohonan STR 2025 akan dibuka?

Permohonan STR 2025 akan dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024.

Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan sepanjang tahun?

Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima?

Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran STR. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

image_2024-11-04_104236040.png

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2025 seperti berikut:

image_2024-11-04_104345015.png

0 Comments

Recommended Comments

There are no comments to display.

Guest
Add a comment...

Important Information

By using this site, you agree to our Privacy Policy, Terms of Use, and Guidelines. We have placed cookies on your device to help make this website better. You can adjust your cookie settings, otherwise we'll assume you're okay to continue.