Jump to content

Maksud Solat Jumaat

  • Bahasa: Perhimpuan (segala kebaikan).

  • Istilah: Solat dua rakaat secara berjemaah pada hari Jumaat dalam waktu Zohor yang didahului dua khutbah beserta dengan rukun dan syarat tertentu. Solat ini menggantikan solat Zohor.

Dalil Solat Jumaat

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْا۟ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلْبَيْعَ

Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu)…(Surah Al-Jum’ah, ayat 9)

Hukum Solat Jumaat

Fardu ain bagi setiap lelaki Muslim yang mukallaf.

Syarat-Sah-Solat-Jumaat-1024x576.png.webp

  • Didirikan di masjid.

  • Bilangan jemaah sekurang-kurangnya 40 orang yang bermastautin termasuk imam.

  • Didirikan dalam waktu Zohor.

  • Hanya satu solat Jumaat bagi satu tempat.

  • Didirikan secara berjemaah.

  • Didahului dengan dua khutbah.

Hikmah Solat Jumaat

  • Melaksanakan salah satu ajaran Islam, iatu solat Jumaat.

  • Menzahirkan syiar Islam pada hari kebesarannya iatu hari Jumaat.

  • Saling mengenali dan merapatkan ukhwah antara umat Islam.

  • Menyatukan pandangan umat Islam serta mengikatkan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat kita dan negara melalui khutbah solat Jumaat.

  • Melatih umat Islam supaya bersatu.

Maksud Khutbah Jumaat

Ucapan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan dan pengajaran mengikut syarat tertentu. 

Hukum Khutbah Jumaat

Wajib dan termasuk dalam syarat sah solat Jumaat. 

Syarat Khutbah Jumaat

  1. Khatib

    • Khatib berdiri jikan mampu dan duduk di antara dua khutbah.

    • Khutbah disampaikan sebelum solat Jumaat.

    • Rukun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab.

    • Khatib suci daripada hadas dan najis serta menutup aurat.

  2. Khutbah

    • Berturut-turut antara rukun khutbah, khutbah pertama dengan khutbah kedua serta khutbah kedua dengan solat.

    • Rukun khutbah didengar oleh 40 jemaah (mastautin) yang wajib solat Jumaat.

Rukun Khutbah Jumaat

  • Memuji Allah SWT, sekurang-kurangnya “Alhamdulillah”.

  • Berselawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya “اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد“.

  • Memberi nasihat supaya bertakwa.

  • Membaca satu ayat Al-Quran pada satu daripada dua khutbah.

  • Berdoa untuk orang Islam pada khutbah kedua sekurang-kurangnya “اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ“.

Sunat Khutbah Jumaat

  1. Khatib

    • Berkhutbah di atas mimbar.

    • Duduk di atas mimbar sebelum menyampaikan khutbah.

    • Menghadapkan wajahnya tanpa menoleh ke kanan atau ke kiri.

    • Memberi salam setelah naik ke atas mimbar.

    • Menguatkan suara agar khutbah didengari lebih daripada 40 jemaah (mastautin).

    • Memendekkan kedua-dua khutbah. Khutbah kedua lebih pendek daripada khutbah pertama.

    • Memegang tongkat dengan tangan kiri.

  2. Makmum

    • Mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.

    • Melaksanakan solat sunat secara ringkas jika khatib sedang berkhutbah.

Adab Mendegar Khutbah Jumaat

  • Memberikan fokus kepada isi kandungan khutbah.

  • Diam dan tidak bercakap-cakap. Hukum bercakap ketika khutbah sedang disampaikan adalah makruh dan boleh menghilangkan pahala Jumaat.

  • Tidak tidur.

    • Sekiranya rasa mengantuk, hendaklah  berpindah ke tempat yang lain dengan syarat ridak melangkah orang lain.

  • Tidak melakukan perbuatan sia-sia contohnya menggunakan sebarang gajet seperti telefon bimbit.

Amalan Sunat Hari Jumaat

  • Memotong kuku dan misai.

  • Mencabut bulu ketiak.

  • Menggunting bulu ari-ari.

  • Mandi sunat.

  • Memakai pakain terbaik serta berwangi-wangian.

  • Bersegera ke masjid.

  • Memperbanyak berselawat ke atas Rasulullah SAW dan berdoa.

  • Membaca surah Al-Kahfi.

NIAT SOLAT JUMAAT

niat-solat-jumaat.jpeg

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”

1 Comment

Recommended Comments

Akai

Members

Thanks for sharing

Guest
Add a comment...

Important Information

By using this site, you agree to our Privacy Policy, Terms of Use, and Guidelines. We have placed cookies on your device to help make this website better. You can adjust your cookie settings, otherwise we'll assume you're okay to continue.